Waytha Moorthy Ponnusamy
Waytha Moorthy Ponnusamy

Waytha Moorthy Ponnusamy

Waytha Moorthy Ponnusamy kadangkala dieja Waythamoorthy (Tamil: வேதமூர்த்தி பொன்னுசாமி, translit. Vētamūrtti poṉṉucāmi lahir pada 16 Julai 1966) merupakan seorang ahli politik, peguam dan aktivis Malaysia. Kini, beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia dan berkhidmat sebagai Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.[1][2] Beliau merupakan seorang Barrister dari Lincoln's Inn dan telah memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam di Malaysia pada tahun 1997. Kerja Waytha melibatkan litigasi kepentingan awam berhubung penangkapan tidak sah, kematian yang menyalahi undang-undang dalam tahanan polis, pembunuhan beramai-ramai dan juga; penyalahgunaan polisi tahanan; penafian pemberian status kewarganegaraan kepada masyarakat etnik India yang dilahirkan di Malaysia, memaksa penukaran agama masyarakat etnik India ke Islam, pemusnahan yang tidak sah terhadap Kuil Hindu atau tempat ibadat; dan penolakan pampasan kerajaan kepada pekerja Ladang masyarakat India. Banyak kerja-kerja Waytha telah dijalankan atas dasar pro bono disebabkan kekurangan dana awam yang diperuntukkan kepada bidang undang-undang. Beliau terkenal di kalangan kaum India Malaysia sebagai Pengasas HINDRAF dan juga bagi kempen domestik dan antarabangsa untuk memerangi diskriminasi terhadap penganut agama Hindu Malaysia.[3]

Rujukan

WikiPedia: Waytha Moorthy Ponnusamy http://www.abc.net.au/radionational/programs/archi... http://www.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia/... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://powerpresent.blogspot.com/2007/11/rm85-mill... http://sahabatrakyatmy.blogspot.com/2013/03/my-exp... http://www.freechoudhury.com/HRDI.htm http://www.malaysiakini.com/news/230509 http://www.theedgemarkets.com/article/hindraf-says... http://www.theedgemarkets.com/article/waythamoorth... http://www.uscirf.gov/news-room/press-releases/mal...